Home > Bahasa Melayu
Tiada Serangan Siber 'Ransomware' WannaCry Dilaporkan Di Negara Ini.
May 16th, 2017 | 09:56 AM | 1019 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Serangan siber melalui ‘ransomware’ yang dikenali sebagai ‘WannaCry’ telah menjejaskan lebih 100 buah negara di seluruh dunia, mengakibatkan perisian komputer atau data tidak dapat diakses sehingga para pengguna terpaksa membayar wang tebusan.
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri, setakat ini, tiada serangan ‘WannaCry’ dilaporkan di Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Siber sentiasa memantau dan menggesa orang ramai untuk mengambil langkah-langkah keselamatan seperti menghapuskan e-mel yang mencurigakan, memastikan sistem komputer dan perisian termasuk ‘antivirus’ dikemaskinikan serta sentiasa melakukan data ‘backup’ (sokongan).
Sebarang insiden keselamatan siber, bolehlah dilaporkan kepada pihak Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) melalui talian hotline 2458001 atau e-mel; [email protected]
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]