FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Aplikasi Mudah Alih InfoDept.BN Diterima Baik


JERAYAWARA Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan mendapat sambutan daripada masyarakat Daerah Temburong yang berkunjung ke booth pameran di Kompleks Bumiputera Pekan Bangar bagi memuat turun aplikasi berkenaan

 


 May 16th, 2017  |  10:13 AM  |   505 views

TEMBURONG

 

Dalam usaha membarigakan penggunaan Aplikasi Mudah Alih InfoDept.BN kepada masyarakat khususnya di Daerah Temburong, Jerayawara Aplikasi Mudah Alih InfoDept.BN dilaratkan ke daerah ini dan mengambil tempat di Ruang Legar, Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar, di sini.

 

Melalui jerayawara yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, satu petak pameran disediakan bagi memudahkan orang ramai di daerah ini mengetahui tatacara memuat turun serta menggunakan aplikasi mudah alih tersebut.

 

Kemudahan ini yang dilancarkan pada 9 Mei lalu bersempena memperingati Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-65 Tahun merupakan salah satu langkah Jabatan Penerangan untuk terus bergerak maju ke hadapan dalam bersaing di dunia tanpa sempadan bagi penyebaran maklumat yang berkesan dengan menggunakan strategi media baharu.

 

Beberapa orang pengunjung yang telah memuat turun aplikasi mudah alih ini semasa ditemui amat menyambut baik pengenalan aplikasi ini dalam memudahkan mereka mendapat maklumat dengan pantas dan menjadi sumber rujukan maklumat yang tepat.

 

Menurut pengusaha kedai buku di Pekan Bangar, Awang Bujang bin Uga, menerusi aplikasi mudah alih yang diperkenalkan ini, beliau kini tidak lagi akan ketinggalan untuk mengakses berita-berita terkini yang berlaku di sekitar negara walaupun ketika beliau berada di luar negara. Beliau turut memuji usaha Jabatan Penerangan dalam memperkenalkan aplikasi mudah alih ini sebagai satu langkah ke hadapan khususnya dalam dunia informasi berasaskan teknologi di negara ini.

 

Sementara itu, Pemberita di Radio Televisyen Brunei (RTB) Cawangan Daerah Temburong, Awang Adren Faizul bin Samat turut menyambut baik usaha Jabatan Penerangan kerana menurutnya aplikasi mudah alih yang diperkenalkan ini dapat membantu memudahkan kerjaya beliau sebagai seorang pemberita yang memerlukannya untuk sentiasa 'up to date' dengan berita-berita serta maklumat terkini mengenai kerajaan mahupun berita-berita semasa.

 

Dengan adanya aplikasi mudah alih ini tambahnya, beliau gembira kerana dapat mengakses pelbagai laman yang berguna dalam hanya satu aplikasi mudah alih, termasuklah informasi mengenai raja, Kerajaan Negara Brunei Darussalam serta Wawasan 2035, Pelita Brunei dan sebagainya. Awang Adren juga percaya aplikasi mudah alih ini akan mampu menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan khususnya Jabatan Penerangan ke arah 'Paperless' dan 'Green IT' serta meningkatkan lagi capaian pembaca Pelita Brunei di kalangan pengguna media baharu.

 

Aplikasi Mudah Alih InfoDept.BN turut dihasratkan menjadi aplikasi mudah alih yang bercirikan 'One-Stop Information' di mana selain ianya direka untuk membawa imej jabatan kepada yang lebih cekap dalam meningkatkan prestasi jabatan yang lebih cemerlang serta membantu jabatan mencapai moto, visi dan misinya, aplikasi ini juga diharap dapat membantu orang ramai mendapatkan lebih banyak berita mahupun maklumat yang tepat dan cepat yang akan dapat menjelaskan dan membantu mengimbangi berita-berita yang kurang tepat dan sebarang spekulasi mengenai Negara Brunei Darussalam selain kandungan laman utamanya yang pelbagai.

 

Jerayawara Aplikasi Mudah Alih InfoDept.BN seterusnya akan diteruskan di Daerah Belait selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Mei 2017 di Ruang Legar KB Sentral manakala di Daerah Tutong juga selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei 2017 di Ruang Legar Petani Mall.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16