Home > Bahasa Melayu
Lepasan Ijazah Sertai Perkampungan Sivik
PARA peserta mendengarkan taklimat mengenai menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan NBD dari Jabatan Penerangan
May 16th, 2017 | 10:18 AM | 1283 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bendera Negara Brunei Darussalam (NBD) antara lain berperanan menanamkan semangat patriotisme dan mendukung falsafah Melayu Islam Beraja selain menyemarakkan hari-hari kebesaran negara.
Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya menerangkan perkara itu semasa memberikan taklimat kepada para peserta Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam berlangsung di Kompleks Sukan, Sungai Kebun semalam.
Dayang Hajah Hamsah juga menekankan bendera negara yang sudah rosak seperti koyak dan pudar warnanya tidak sepatutnya digunakan lagi.
Tambahnya, bendera yang rosak itu hendaklah dibakar dan abunya pula ditanam atau dibuang ke laut.
Taklimat antara lain bertujuan memberikan maklumat yang terperinci mengenai Lagu Kebangsaan Negara supaya mereka dapat menghayatinya dan sekali gus meningkatkan semangat cinta dan taat kepada raja, sentiasa mendoakan raja semoga Allah melanjutkan usia, memerintah negara dan memimpin rakyat dengan adil dan bijaksana, hidup aman dan sentosa.
Selain itu, taklimat tersebut juga merupakan salah satu perisian Perkampungan Sivik kali ini dalam menyebarluaskan maklumat yang dapat menimbulkan semangat kenegaraan dan ianya sejajar dengan moto Jabatan Penerangan 'Membudayakan Masyarakat Bermaklumat'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]