FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA Hadiri Mesyuarat Penubuhan Jaringan Universiti Islam ASIA-Afrika


Rektor UNISSA (depan, lima dari kiri) bersama Pemimpin-pemimpin Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa

 


 May 18th, 2017  |  11:05 AM  |   628 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima undangan untuk menghadiri Mesyuarat Penubuhan Jaringan Universiti-universti Islam Asia - Afrika dan diteruskan dengan Seminar Antarabangsa Media dan Peranannya dalam Menangani Isu Ekstremisme dan Terorisme.

 

Sesi mesyuarat dan persidangan tersebut telah diadakan selama dua hari bermula 15 Mei 2017 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad (IIUI), Pakistan.

 

Mesyuarat dan persidangan berkenaan dihadiri oleh Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, yang mana undangan tersebut adalah manifestasi keberkesanan jalinan kerjasama setelah penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara UNISSA dan IIU Islamabad, Pakistan yang dimeterai pada bulan Februari yang lalu.

 

Dalam mesyuarat berkenaan, UNISSA merupakan salah sebuah universiti yang mempelopori penubuhan jaringan itu dan diberi penghormatan dengan melantik Rektor UNISSA sebagai Timbalan Setiausaha Agung pertubuhan berkenaan.

 

Penubuhan Jaringan Universiti-universiti Islam Asia - Afrika adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Asia dan Afrika.

 

Mesyuarat dan persidangan tersebut dihadiri oleh seramai 14 pemimpin universiti Islam terdiri dari Sudan, Indonesia, Thailand, Jordan, Arab Saudi, Uganda, Maldive, Algeria dan lain-lain yang dipengerusikan oleh Presiden IIU Islamabad, Pakistan, Profesor Dr. Ahmed Yousif Ahmed Al Draiweesh.

 

Pada kesempatan itu, Rektor UNISSA telah membuat kunjungan muhibah kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd Saidin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54