Home > Bahasa Melayu
BIBD Beri Keselesaan Bagi Jemaah Masjid Mentiri
Masjid RPN Kampung Mentiri menerima empat alat pendingin udara yang diserahkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hasil sumbangan daripada kakitangan BIBD sendiri
May 18th, 2017 | 11:07 AM | 1100 views
MENTIRI
Masjid RPN Kampung Mentiri hari ini menerima empat alat pendingin udara yang diserahkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hasil sumbangan daripada kakitangan BIBD sendiri.
Dengan sumbangan itu nanti dihasrat dapat memberi keselesaan kepada para jemaah masjid terutama pada bulan Ramadan yang akan tiba nanti.
Pada Majlis Penyerahan Sumbangan BIBD ini, diselajurkan dengan penyerahan baki sumbangan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua BIBD Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, Awang Haji Mohd Yusri bin Haji Wahsalfelah.
"Alhamdulillah, kami amat gembira kerana dapat memberi keselesaan kepada penduduk Mentiri ketika mereka menunaikan solat mereka. Dalam semangat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, kami juga merancang lebih banyak aktiviti untuk berkongsi berkat dan pada masa yang sama, mengukuhkan komitmen kami ke arah penerapan nilai-nilai masyarakat kita," jelas Awang Haji Mohd Yusri mengenai majlis sumbangan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]