FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tambah Ilmu Pengetahuan Melalui Membaca


Penolong Pengarah / Ketua Unit Sumber, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Zakaria bin Haji Duraman selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia

 


 May 18th, 2017  |  11:21 AM  |   1027 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pendidikan dalam semua lapisan masyarakat adalah semakin penting, salah satu aspek yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan ke arah mewujudkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berdisiplin ialah memupuk amalan serta budaya membaca dalam kalangan pelajar.

 

Penolong Pengarah / Ketua Unit Sumber, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Zakaria bin Haji Duraman menjelaskan perkara tersebut selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok, Kluster 4 di Dewan Mini sekolah berkenaan.

 

Menurutnya, melalui pembacaan, seseorang akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan yang mendatangkan faedah bukan sahaja terhadap dirinya sendiri, malah juga terhadap masyarakat dan negara.

 

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan Guru Besar sekolah tersebut, Dayang Sarimah binti Haji Mina, antara lain menyatakan, tujuan sambutan itu adalah untuk memberikan galakan yang berterusan kepada para pelajar untuk meneroka dan menikmati keseronokan membaca buku bermula dari kelas pra lagi.

 

Jelasnya, menerapkan bahawa buku boleh menjadi tali pengikat manusia dengan kebudayaan secara terus-menerus tidak mengira perubahan zaman.

 

Sambutan pada tahun ini yang bertema 'Buku Itu Ilmu' adalah anjuran Komiti Perpustakaan sekolah berkenaan yang menggariskan beberapa objektif, antaranya menggalakkan minat para pelajar untuk mengunjungi dan menjadikan perpustakaan sebagai satu wadah pembelajaran yang komprehensif, di samping dapat mengembangkan etos membaca dalam kalangan warga sekolah secara amnya.

 

Turut hadir , guru-guru kanan, guru-guru, kakitangan perpustakaan sekolah dan para pelajar sekolah tersebut serta pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah.

 

Beberapa aktiviti telah dijalankan menjelang sambutan tersebut seperti kuiz perpustakaan, projek hari buku dan membaca buku secara beramai-ramai (mass reading).

 

Hadiah-hadiah bagi pemenang aktiviti tersebut termasuk pembaca buku terbanyak perpustakaan bagi penggal pertama persekolahan telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Pada majlis itu, tetamu kehormat juga dibawa untuk menyaksikan pameran sambutan hari buku sekolah dan merasmikan Visi, Misi dan Matlamat Perpustakaan sekolah berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19