Home > Bahasa Melayu
Kementerian Perhubungan Semarakkan Sambutan Israk Mikraj
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.
May 19th, 2017 | 11:26 AM | 502 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bertempat di Dewan Amar Pahlawan di kementerian berkenaan, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.
Turut hadir ialah pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua jabatan, Ketua Eksekutif AITI serta pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Majlis Sambutan Israk dan Mikraj diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Pengangkutan dan Perhubungan dalam Islam' yang disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Mikdar bin Rusdi.
Ceramah antara lain menyentuh mengenai kepentingan pengangkutan dan perhubungan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa lsrak Mikraj yang dipertunjukkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala.
Majlis sambutan tersebut merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wa ta'ala.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]