FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Singapura Komited Teruskan Hubungan Pertahanan


Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman yang berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama empat hari

 


 May 19th, 2017  |  11:31 AM  |   714 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal  Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman yang berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama empat hari.

 

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan penghargaan kepada TYT di atas kekerapan lawatan tahunan beliau ke Negara Brunei Darussalam dan kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan komitmen mereka dalam meneruskan hubungan pertahanan mereka yang sangat baik dan yang  sudah lama terjalin.

 

Sejak tahun 1976, hubungan pertahanan kedua-dua buah negara bertambah semakin rapat melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran lawatan dan latihan-latihan tentera. Pada tahun 2016, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah menyambut ulang tahun hubungan pertahanan mereka ke-40 dan kedua-duanya juga telah bersama-sama menganjurkan Latihan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) Sekuriti Maritim dan Anti-Pengganasan.

 

Lawatan profil tertinggi yang terkini dari Republik Singapura ialah lawatan Menteri Pertahanan, Dr. Ng Eng Hen pada bulan Ogos tahun lalu apabila Menteri Pertahanan Republik Singapura, Dr. Ng Eng Hen berada di negara ini Sempena Ulang Tahun Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura Ke-40 di mana beliau  menghadap ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Menteri Pertahanan Republik Singapura juga menghadiri Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) Concerning Defence Technology Cooperation sebagai saksi penandatanganan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54