Home > Bahasa Melayu
Menteri Hal Ehwal Ugama Terima Kunjungan Muhibah
Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman telah menerima kunjungan muhibah daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman
May 19th, 2017 | 11:32 AM | 887 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman telah menerima kunjungan muhibah daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman.
Pada perjumpaan itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bertukar-tukar pandangan dan isu-isu semasa khasnya dalam bidang-bidang yang menjadi kepentingan bersama.
Kunjungan muhibah tersebut jelas menunjukkan keakraban hubungan kerjasama dua hala yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara.
TYT Dr. Mohamad Maliki disertai oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.
Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Haji Taja’ah serta pegawai-pegawai kanan KHEU.
Majlis berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]