FacebookInstagramTwitterContact

 

STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beri Peluang Golongan Pelajar dan Belia Tonjolkan Kreativiti


Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menpengerusikan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Tertinggi Sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun

 


 May 19th, 2017  |  11:34 AM  |   574 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun adalah untuk membincangkan persiapan dan persediaan acara-acara utama dan pengendalian acara-acara sambutan berkenaan.

 

Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Kebangsaan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa sambutan tersebut, yang diadakan di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Terdahulu, Yang Berhormat  dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, mesyuarat tersebut adalah untuk mendengar laporan dan meneliti persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan sambutan dari jawatankuasa-jawatankuasa.

 

“Secara khususnya kita akan meneliti rancangan-rancangan yang telah diatur di peringkat daerah bagi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah terutamanya corak persembahannya.”

 

Tambah Yang Berhormat, “Dalam hubungan itu, sebagaimana  dengan persembahan pada tahun 2016, kita ingin melihat penglibatan aktif dan lebih ramai lagi dari golongan pelajar dan para belia.”

 

“Kita mestilah memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk mempersembahkan kebolehan dan menonjolkan daya kreatif mereka. Dengan itu, kita akan dapat membantu memupuk dan memperkembangkan keyakinan diri, kebolehan serta daya kreativiti generasi muda,” ujarnya lagi.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya berharap akan dapat sama-sama meneliti laporan dan taklimat mengenai rancangan-rancangan yang diatur oleh jawatankuasa dengan memberikan pandangan dan ulasan yang membina bagi memastikan atur cara dan persembahan yang akan dipersembahkan mempunyai mutu yang tinggi dan memberi kesan kepada mereka yang menyaksikannya nanti.

 

Turut berangkat hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah  Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017.

 

Juga hadir ialah Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Setiausaha Sulit serta Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54