FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Terrace House in Bengkurong (B$190K, Property Chinese Owned) • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • Shop house in Kiulap for Sale (44 years lease, approx 5,000.00 per month rental) • Chempaka Terrace House for Rent (3 bedrooms, B$700.00 per month) • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975, +6738839007           >>           Fully furnished office space for rent at Regus Brunei. Call +673-886-2879 or go to www.regus.com.bn           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: 242-7623/+673 883-9007           >>           HAPPY EID MUBARAK "Wishing you prosperity and peace on this holy occasion of EID MUBARAK"           >>           Alex Sandro, Candreva, Llorente, Van Dijk Set To Join Chelsea In £250m Spree           >>           Alvaro Morata Under Pressure To Hit The Ground Running With Chelsea           >>           Manchester City Still Hoping To Sign Alexis Sanchez - Sources           >>           Faris Ramli Says Home United Will Learn From Tampines Rovers' Collapse           >>           Elon Musk Hints At Changes To Spacex's Mars Rocket           >>           Assessing Pep Guardiola's £120m Overhaul Of Manchester City's Defence           >>           Snopes Needs Money To Continue Fighting Fake News           >>           Gmail Can Now Send Your Smart Replies In Spanish           >>           Wisconsin Company Offers Staff Implants For Keys And Passwords           >>           Private Dinner With Leonardo Dicaprio And Kate Winslet Is Being Auctioned Off For Charity           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Program Peningkatan Personel Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya
July 24th, 2017 | 08:00 AM


Majlis Pelancaran Filem Komedi Brunei ‘Rina 2’
July 25th, 2017 | 19:45 PM


Majlis Perasmian ‘Fruits of BIMP-EAGA: Culture & Food in Tourism Expo 2017
July 27th, 2017 | 10:15 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:43AM

Subuh

: 04:53AM

Syuruk

: 06:16AM

Doha

: 0640:AM

Zohor

: 12:28PM

Asar

: 03:51PM

Maghrib

: 06:37PM

Isyak

: 07:51PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pantau Pelaksanaan Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM


Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan mengurnia kurma peribadi Kebawah DYMM

 


 May 19th, 2017  |  11:43 AM  |   312 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Salah satu perkara yang membawa seorang Muslim ke arah kehidupan yang sempurna dan bahagia ialah memiliki sifat amanah yang merupakan sifat mulia dan terpuji di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan ia juga merupakan ciri-ciri Muslim sejati.

 

Sifat amanah sering kali dikaitkan dengan pemimpin, kerana seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memimpin sesebuah organisasi malah lebih dari itu.

 

Tanpa adanya sifat amanah, setentunya gejala-gejala buruk seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa, tidak menghormati masa bekerja dan lari daripada tanggungjawab akan berleluasa dan setentunya boleh membantut segala usaha-usaha pembaikan yang telah dilaksanakan.

 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersabda demikian pada Majlis Pelancaran Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri.

 

Oleh itu, Yang Teramat Mulia menyeru semua pihak agar meningkatkan azam untuk terus memupuk sifat amanah dalam diri masing-masing dan setiap apa yang dikerjakan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala.

 

YTM seterusnya menyentuh mengenai pembahagian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung selaku pemimpin akar umbi yang terlibat secara langsung dalam pengagihan buah-buah kurma berkenaan, hendaklah memiliki sifat kepimpinan yang jitu iaitu memastikan pengagihan buah-buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

 

“Ini kerana telah sampai ke pengetahuan saya, masih juga ada orang ramai di negara ini yang tidak menerima kurma kurnia berkenaan. Apa yang lebih mendukacitakan, walaupun pihak Yayasan telah menyediakan borang-borang serah terima yang perlu ditandatangani oleh pihak yang menyerahkan dan yang menerima, masih terdapat segelintir penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung yang tidak melaksanakan pengagihan tersebut dengan baik dan sempurna sepertimana yang diamanahkan,” tegas YTM.

 

Kepincangan yang berlaku itu tegas YTM lagi, menggambarkan adanya sebahagian pemimpin akar umbi yang kurang menepati ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu dimiliki sebagai seorang pemimpin iaitu sifat jujur dan amanah.

 

Dalam pada itu, YTM mengingatkan agar pihak pengurusan Yayasan termasuk pegawai-pegawai daerah akan dapat memantau pelaksanaannya dengan lebih teliti lagi bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada tahun ini, demi memastikan umat Islam di negara ini tidak terkecuali dari menerima Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM itu.

 

Terdahulu, dalam sabda YTM menyatakan, pengurniaan buah kurma untuk juadah berbuka puasa ini adalah merupakan salah satu nikmat anugerah yang berterusan daripada Allah Subhanahu Wata’ala yang perlu kita syukuri.

 

“kita sekarang sudah pun berada di bulan Syaaban. InsyaaAllah dalam beberapa hari saja lagi kita akan berada di bulan Ramadan yang Mubarak,”sabda YTM.

 

Seperti yang sedia maklum, sabda YTM, bulan Ramadan adalah bulan ibadah, bulan di mana umat Islam digalakkan untuk berbuat kebajikan bagi meraih rahmat yang berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata’ala.

 

YTM juga mengingatkan, pada bulan inilah Allah Subhanahu Wata’ala melipatgandakan pahala dan memberi keampunan dosa kepada hamba-hamba-Nya yang memanfaatkan pengisian bulan Ramadan dengan amalan-amalan berkebajikan, seperti Solat Tarawih, Qiyamullail, bersedekah, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf di masjid, berdoa, beristighfar dan berbuat baik  sesama manusia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


RM100,000 KCC Scholarships Up For Grabs In Magahau Festival

 2017-07-25 09:07:56

Pakistan Blast: Taliban Bike Bomb Kills 26 In Lahore

 2017-07-25 09:17:28

Rich Singapore Investors Stuck As Local Bond Restructuring Drags

 2017-07-25 09:49:22