FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemimpin Pengakap Sertai Kegiatan Membuat Kuih Tradisi


Para Pesuruhjaya Pengakap, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pasukan serta ahli-ahli PPNBD semasa mengikuti pembuatan kuih-kuih tradisi Brunei

 


 May 20th, 2017  |  11:10 AM  |   1407 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kuih muih tradisional Brunei adalah warisan turun temurun dari nenek moyang sejak dari zaman berzaman. Di abad ke-21 ini, pelbagai kuih tradisional telah dipermodenkan dengan bahan-bahan sampingan dari pelbagai rupa, bentuk, warna dan rasanya tetapi kaedah pembuatannya tetap sama.

 

Di dalam proses membuat kuih tradisional ini terdapat pelbagai kaedah dan peralatan yang digunakan, iaitu menggunakan kaedah mengukus, membakar dan mengoreng. Ini telah memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap yang menyertai kegiatan ini dapat belajar mengenai tips keselamatan dan penjagaan kebersihan, penggunaan bahan, peralatan bagi mengukus, kepanasan dapur atau penggunaan oven dan sebagainya.

 

Justeru itu, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Bahagian Pengakap Perempuan telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kegiatan belajar membuat kuih tradisional Brunei kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap, Pemimpin-Pemimpin Pasukan Pengakap dan Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap serta ahli-ahli Pengakap bertempat di Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.

 

Menurut Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Perempuan, Dayang Hajah Norrahmat binti Sidin, kegiatan yang dijalankan ini bertujuan bagi memberi pendedahan asas dalam mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran membuat kuih muih tradisional Brunei, di samping dapat melatih konsentrasi dan daya ingatan, iaitu dapat mengingati resepi atau bahan-bahan yang digunakan, peralatan dan penyediaan proses sebelum membuat kuih tradisional tersebut sehingga selesai ke peringkat penyajiannya. Ia juga dapat mengumpulkan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara peserta yang mengikuti kegiatan tersebut.

 

Antara jenis kuih tradisional yang dipelajari adalah membuat kuih Kelupis, Penyaram, kuih Bahulu, kuih Peyek dan kuih Cacah.

 

Turut hadir menyertai kegiatan ini adalah Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pengakap Tunas, Dayang Hajah Noraini binti Haji Saidi, Pemimpin-Pemimpin Pasukan Pengakap dan Penolong-Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap serta ahli-ahli Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17