Home > Bahasa Melayu
Pemerintah ABDB Menghadiri ACDFIM Ke-14
Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah menyertai sesi bergambar ramai bersama deleesagi yang menghadiri 14th ASEAN Chiefs of Defence Meeting (14th ACDFIM) di Republik Filipina.
May 20th, 2017 | 11:38 AM | 1047 views
MANILA
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah telah menghadiri 14th ASEAN Chiefs of Defence Meeting (14th ACDFIM) dari 17 hingga 19 Mei 2017 di Manila, Republik Filipina.
Tahun ini mesyuarat tersebut membawa tema : ''ASEAN Chiefs of Defence : Partnering for Change and Collaborative Engagement''.
Semasa mesyuarat, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera Negara-Negara ASEAN bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui inisiatif membina keyakinan serta kegiatan praktikal seperti dalam perlaksanaan mesyuarat, pertukaran dan eksesais, yang dipersetujui dalam ASEAN Militaries Two Year Activity Work Plan (2017 - 2019).
Sebelum mesyuarat ACDFIM berlangsung, mesyuarat 7th ASEAN Military Operations Informal Meeting (7th AMOIM) dan mesyuarat 14th ASEAN Military Intelligence Informal Meeting (14th AMIIM) juga berlangsung pada 16 Mei 2017.
Mewakili Negara Brunei Darussalam di mesyuarat-mesyuarat berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan Pengarah Perisikan Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam.
Di bawah naungan AMOIM, Ketua Operasi Ketenteraan ASEAN terus melaksanakan Two-Year Activity Work Plan (2017 - 2019) yang dipersetujui sebagai garis panduan untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti berbilang-hala tentera.
Manakala, mesyuarat AMIIM meneruskan kemajuan dalam mempertingkatkan potensi rangkaian ASEAN-centric yang mempromosi pertukaran dan interaksi perisikan dalam kalangan Komuniti Perisikan Tentera-Tentera ASEAN.
Semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut, isu-isu sekuriti kepentingan bersama juga telah dibincangkan termasuk dalam sekuriti maritim, bantuan kemanusiaan, tindak balas bencana dan pencegahan pengganasan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]