FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejayaan Qari,Qariah Negara Contoh Kepada Generasi Muda


Qari negara Awangku Muhd Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki semasa menerima Skim Penggalak Kecemerlangan Membaca Al-Quran daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

 


 May 25th, 2017  |  11:21 AM  |   2131 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas kurnia kejayaan yang diperolehi oleh qari dan qariah negara di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-59 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini, qari dan qariah negara telah diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Skim Galakan Kecemerlangan Membaca Al-Quran bagi wakil Negara Brunei Darussalam yang yang telah diadakan di Season Restaurant, The Centrepoint Hotel, Gadong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Imam Haji Zulkifli bin Haji Murad dan seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis selaku Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Ustaz Haji Idris bin Haji Aji.

 

Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis turut menyatakan sejak Skim Galakan Kecemerlangan Membaca Al-Quran diperkenankan pada tahun 1989, ianya dikurniakan sebanyak 13 kali kepada seramai 4 orang qari dan 9 orang qariah yang mendapat tempat di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Manakala sebagai usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu bacaan kelas intensif telah mula diperkenalkan semenjak tahun 2000 di bawah tenaga pembimbing pakar dalam negeri.

 

Sementara itu semasa berucap di majlis tersebut tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin turut bersyukur atas kejayaan qari negara, Awangku Muhd Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan qariah negara Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Awang Haji Damit di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-59.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, di samping melakar sejarah yang sangat bermakna kepada negara, prestasi qari dan qariah yang ditunjukkan menampakkan peningkatan dengan bimbingan daripada pembimbing dedikasi dan ikhlas yang seterusnya boleh dijadikan contoh generasi muda dan dunia luar.

 

Beliau turut berkata bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil berat akan perkembangan ilmu Al-Quran di negara ini dengan mengadakan kelas-kelas intensif dan mendatangkan pakar dalam bidang tarannum Al-Quran serta menyediakan guru pembimbing yang berkemahiran untuk memberi tunjuk ajar dan petua-petua dalam penjagaan suara kepada qari dan qariah untuk terus meningkat ilmu pengetahuan dalam bidang Al-Quran.

 

Turut disentuh oleh tetamu kehormat ialah kelayakan peserta muda dan baharu dalam peringkat suku dan separuh akhir kebangsaan turut meningkat serta memiliki potensi besar untuk dikembangkan dan dipertingkatkan.

 

Pada majlis tersebut qari dan qariah negara turut memperdengarkan bacaan masing-masing serta turut menerima Skim Penggalak Kecemerlangan Membaca Al-Quran di atas kejayaan masing-masing menduduki naib johan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-59 serta menerima wang tunai sebanyak BND7,000 setiap seorang berserta hadiah iringan daripada tetamu kehormat. Juga menerima hadiah penghargaan ialah pembimbing qari dan qariah negara, Dato Paduka Awang Haji Mohd Yussop bin Bakar.

 

Awangku Muhd Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki telah mewakili negara ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sebanyak 8 kali, iaitu pada tahun 2008, 2010, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Kejayaan beliau menduduki naib johan pada tahun 2016 diulangi semula pada tahun 2017.

 

Manakala Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Awang Haji Damit telah mewakili negara ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2015 dengan mendapat tempat keempat dan pada tahun 2017 dengan mendapat tempat naib johan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Imam Haji Zulkifli bin Haji Murad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17