Home > Bahasa Melayu
Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan
May 25th, 2017 | 11:31 AM | 1475 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Yang Mulia Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah, Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.
Tarikh pelantikan pegawai tersebut berkuat kuasa bermula hari Khamis, 28 Syaaban 1438 bersama 25 Mei 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]