FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kad Nikah bermula 15 Mei 2017


Ketua Pendaftar, Mahkamah-Mahkamah Syariah, Awang Haji Hassan bin Haji Metali menjelaskan mengenai Kad Nikah semasa Sidang Media Mahkamah-Mahkamah Syariah

 


 May 25th, 2017  |  11:32 AM  |   2089 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju' Orang Islam telah mengeluarkan satu dokumen tambahan kepada Sijil Nikah yang sedia ada iaitu Kad Nikah bermula 15 Mei 2017.

 

Kad Nikah ini dikeluarkan bagi memenuhi kehendak peruntukan di bawah bab 22(1) dari Akta Undang-Undang Keluarga Islam Penggal 217 dan hanya dikeluarkan kepada mana-mana pasangan yang berkahwin dari 1 Januari 2017. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Syariah, Awang Haji Hassan bin Haji Metali semasa Sidang Media Mahkamah-Mahkamah Syariah di Bilik Persidangan Utama, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah.

 

Menurut Awang Haji Hassan, proses permohonan bagi mendapatkan kad tersebut adalah selaras dengan permohonan perkahwinan yang dibuat oleh pasangan semasa menghadapkan permohonan perkahwinan di Pejabat Pendaftaran di mana tempat pasangan bermastautin. Kos yang dikenakan ialah  BND20 bagi dua keping kad tersebut.

 

Buat masa ini, jelas Ketua Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Syariah, pihak Pejabat Pendaftaran menghadkan pengeluaran Kad Nikah untuk perkahwinan yang bermula 1 Januari tahun ini sahaja dan jika ada keperluan pada masa-masa akan datang untuk perkahwinan sebelum dari tarikh tersebut, pihak Mahkamah akan memaklumkan kemudian kepada orang ramai.

 

Beliau juga menegaskan, mengenai maklumat  berhubung dengan Kad Nikah yang tersebar di media sosial yang menggambarkan Kad Nikah seorang suami dengan empat orang isteri adalah tidak benar dan palsu. Pihak Mahkamah hanya mengeluarkan bagi setiap Kad Nikah yang menpunyai maklumat bagi suami dan seorang isteri sahaja.

 

Memandangkan pengeluaran kad ini masih di peringkat awal, pihak Mahkamah mengharapkan agar para pemohon memahami situasi semasa proses pengeluaran tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17