Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Berkenan Utus Tahniah Sempena Hari Kemerdekaan Jordan
May 25th, 2017 | 11:47 AM | 740 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan dan kerabat diraja serta kerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan Negara tersebut.
Dalam titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan penghargaan di atas hubungan persaudaraan yang akrab dan kerjasama yang sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan berharap akan berpeluang untuk meneruskan kerja bersama dengan baginda bagi mengukuhkan lagi hubungan yang bernilai ini di tahun-tahun mendatang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II dan kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan kebahagiaan, dan rakyat Jordan akan terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam sejahtera dan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan yang mubarak kepada Kebawah DYMM Raja Abdullah II.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]