FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Majlis Khatam 50 Kali


ANTARA peserta perempuan dari Kampung Sungai Akar dan sekitarnya yang menyertai Majlis Pelancaran memulakan bacaan bagi Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei D Berita dan Foto : Faridah Haji Ibrahim

 


 May 29th, 2017  |  12:18 PM  |   1071 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Pelancaran memulakan bacaan bagi Majlis Khatam Al-Quran 50   Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta telah diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon yang juga selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'.

 

Turut hadir, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan juga selaku Penaung Takmir Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

 

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama, Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin diikuti dengan taklimat dan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Penghulu Mukim Berakas 'B', Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon dan bacaan beramai-ramai dimulai dari Juz 2 yang telah diketuai oleh Imam masjid berkenaan, Haji Sadullah bin Haji Salleh.

 

Seramai 108 orang peserta lelaki dan 51 orang peserta perempuan Kampung Sungai Akar dan sekitarnya telah menyertai Majlis Pelancaran memulakan bacaan bagi Majlis Khatam Al-Quran 50 Kali Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

 

Majlis penutupannya akan diadakan pada bulan September dan pemantauan atau tasmik oleh guru-guru Al-Quran akan diadakan sebulan dua kali, iaitu pada 9 Jun dan 23 Jun selepas Sembahyang Fardu Asar seterusnya bersungkai di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

 

Di akhir acara, penyampaian cenderamata daripada Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong kepada tetamu kehormat, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon diikuti dengan majlis bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16