Home > Bahasa Melayu
Masjid Kampung Batu Marang adakan Tadarus Al-Quran
May 30th, 2017 | 07:56 AM | 1605 views
MUARA
Majlis Tadarus Al-Qquran yang diadakan pada setiap malam bulan Ramadan turut diadakan di Masjid Kampung Batu Marang yang dihadiri seramai 212 orang bagi sama-sama mengimarahkan dan menghidupkan lagi malam-malam di bulan suci ini.
Ahli Jawatankusa Takmir Masjid Kampung Batu Marang telah melantik para pentasmik di 10 kumpulan yang telah dibahagikan.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Saiful Rizal bin Haji Abd Ghafar, menjelaskan bahawa pada tahun ini peserta tadarus telah meningkat daripada tahun-tahun yang lalu.
Beliau menambah, Jawatankuasa Takmir terus meningkatkan aktiviti dengan mengadakan kuliah subuh pada setiap Ahad - 4, 11, 18 dan 25 Jun selepas menunaikan Sembahyang Fardu Subuh dan mengadakan ceramah Ramadan pada setiap Jumaat - 2 , 9, 16 dan 23 Jun ini bermula pukul 1.45 petang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]