FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Baca Al-Quran Raih Ganjaran Besar


 


 May 30th, 2017  |  07:57 AM  |   517 views

SERIA

 

Tadarus Al-Quran pada bulan Ramadan bukan aktiviti 'perlumbaan' mengkhatam Al-Quran 30 juzuk semata-mata, sebaliknya bertujuan mengajak masyarakat Islam menghayati proses 'ajar dan belajar' Al-Quran bersama rakan atau dalam kumpulan.

 

Membaca Al-Quran secara berkumpulan adalah perkara yang sangat digalakkan dan ada hadis menyatakan bahawa mana-mana orang yang berkumpul untuk membaca Al-Quran maka Allah akan datangkan kepada mereka 'sakinah'.

 

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Takhmir Masjid Zainab, Lumut dan jemaah masjid yang terdiri daripada penduduk kampung juga tidak membuang peluang untuk sama-sama meraih kerahmatan serta keberkatan bulan Ramadan dengan mengadakan tadarus secara berkumpulan.

 

Kumpulan terdiri daripada orang dewasa, belia, remaja, kanak-kanak dan warga emas mengikuti program tadarus yang dianjurkan, setiap ahli dalam kumpulan membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dengan pemantauan ketua kumpulan dan rakan-rakan lain yang lebih berkeupayaan.

 

Pelita Brunei menemu bual ketua kumpulan warga emas, Dayang Hajah Ainah binti Haji Suhaili, beliau berkata, khatam Al-Quran pada bulan Ramadan adalah dituntut dan ia dikhatamkan sekurang-kurangnya dua kali setahun oleh pembacanya dan salah satunya dilakukan pada bulan Ramadan.

 

Setiap kumpulan membaca antara satu hingga satu setengah juzuk Al-Quran setiap hari bergantung kepada kemampuan ahli tadarus dengan sasaran agar dapat khatam dihujung Ramadan nanti.

 

Aktiviti bertadarus memberi peluang masyarakat untuk mengeratkan silaturahim kerana walaupun duduk di kawasan yang sama tetapi jarang berjumpa, kesempatan bertadarus memberi peserta peluang mengulang kaji serta memperbetulkan bacaan masing-masing.

 

Selain menganjur tadarus, masjid itu juga mengadakan kelas Al-Quran tiga kali seminggu, bermula malam Sabtu, malam Ahad dan malam Isnin selepas waktu Magrib dan setiap Ahad disebelah pagi bagi bengkel Al-Quran dari jam 7.30 pagi hingga pukul 9.00 pagi, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai adalah-dialu-alukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17