FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MWNBD Terus Semarakkan Tadarus Al-Quran


 


 May 30th, 2017  |  08:28 AM  |   710 views

JERUDONG

 

Tadarus Al-Quran adalah salah satu ibadah yang paling utama di bulan Ramadan selain berpuasa di siang hari dan Sembahyang Tarawih pada malamnya.

 

Majlis Bertadarus Bulan Ramadan anjuran Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) diteruskan  lagi di kediaman Naib Yang Dipertua II, MWNBD, Datin Dayang Hajah Masni binti Haji Mohd. Ali di Kampung Jerudong.

 

Juga hadir, Naib Yang Dipertua I MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat.

 

Seramai 40 ahli dari tiga buah persatuan yang bergabung dengan MWNBD, yang terdiri daripada Persatuan PERTIWI, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei, Pandu Puteri, PKP Belait, BAKTI, Persatuan Siswazah Wanita, PERGANITA, BAKANITA, PERBEKAL, PEWAJA dan Persatuan Nurul Islam menghadiri majlis tersebut.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Naib Yang Dipertua II, MWNBD, diikuti dengan ucapan alu-aluan beliau yang antara lain menyentuh mengenai tujuan majlis tersebut ialah untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan dan meningkatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan semua ahli persatuan yang bergabung dengan MWNBD untuk terus membuat kerja-kerja sukarelawan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Ketika ditemui, menurut Naib Yang Dipertua II, MWNBD, Datin Dayang Hajah Masni, dengan membaca Al-Quran secara berkumpulan atau bertadarus itu merupakan satu peluang berdoa dengan ayat-ayat Al-Quran selain menjadi motivasi untuk memperbaiki bacaan Al-Quran.

 

Manakala bagi Pengerusi Bahagian Keagamaan MWNBD, Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar, kegiatan seumpama ini juga membolehkan ahli-ahli MWNBD dan persatuan lain untuk sama-sama menyemak (mentasmiq) bacaan Al-Quran masing-masing.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus juzuk dua secara bergilir diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil yang dikepalai oleh Dayang Hajah Saadiah binti Haji Abrahim, manakala bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar. Sementara itu, Doa Selamat serta Doa Penutup dibacakan oleh Dayang Taibah binti Kudi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17