FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tadarus Kukuhkan Perpaduan Warga UNISSA


Bacaan Doa Kesyukuran sempena penggunaan semula Surau UNISSA yang kini dikenali sebagai Surau Al-Asyafi’i

 


 May 30th, 2017  |  08:34 AM  |   1059 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan adalah anugerah Allah Subhanahu Wata’ala kepada seluruh umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Keberkatan dan keistimewaannya yang begitu banyak daripada Allah Subhanahu Wata’ala boleh diperoleh dengan memperbanyakkan  amalan kebajikan demi mencari reda Allah Subhanahu Wata’ala semata-mata.

 

Dalam kesempatan itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Majlis Ihya Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi yang berrlangsung di Surau Al-Asyafi’i, UNISSA, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Majlis dimulakan dengan acara Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin UNISSA, Awang Haji Md. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan diteruskan dengan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah.

 

Doa Kesyukuran tersebut bersempena dengan  penggunaan semula Surau kekal UNISSA, iaitu Surau Al-Asyafi’i setelah selesai pengubahsuaiannya.

 

Majlis diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Rektor UNISSA sebagai tanda bermulanya Majlis Ihya Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

 

Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua warga UNISSA untuk menggiatkan pembacaan Al-Quran, memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran tersebut. Di samping itu, dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan warga UNISSA.

 

Juga hadir, Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; Penolong Rektor; pegawai-pegawai utama, pensyarah, kakitangan, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17