Home > Bahasa Melayu
Program Amal Ramadan CCCT dilancarkan
May 31st, 2017 | 07:00 AM | 359 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Semasa bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Kolej Perdagangan dan Teknologi Kosmopolitan (CCCT) tidak melepaskan peluang untuk berbuat amal kebajikan.
Sehubungan itu, CCCT memulakan Program Amal Ramadan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengetua kolej berkenaan, Dayang Maizatul Ummira binti Pungut.
Majlis diserikan dengan ceramah yang menyentuh mengenai manfaat berbuat amal di dunia terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ceramah juga menekankan mengenai amalan bersedekah yang sangat digalakkan oleh agama Islam.
Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup disertai dengan salah seorang Pegawai Agama CCCT, Awang Muhammad Abu Hurairah bin Suhaimi dan Pegawai Pelajar CCCT, Awang Muhammad Akhimullah @ Muhammad Wajeeh.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]