Home > Bahasa Melayu
Penganugerahan P.K.L Motivasi Kepada Penjawat Awam
May 31st, 2017 | 07:03 AM | 524 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Para penerima Pingat Kerja Lama (P.K.L) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun, masing-masing menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas penganugerahan pingat tersebut.
Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada para penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun.
Semasa ditemu bual Pelita Brunei, Awang Jamali bin Haji Tuah dari Jabatan Perkhidmatan Awam menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai motivasi kepada para pegawai yang lainnya untuk menghasilkan budaya kerja yang cemerlang.
Menurut Dayang Salwati binti Haji Mohd. Yusof dari Biro Kawalan Narkotik pula menjelaskan, bukan sahaja mutu kerja yang cemerlang malah kita sebagai warga Perkhidmatan Awam hendaklah bersikap jujur dan amanah dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan serta berdisiplin dalam pekerjaan harian.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]