Home > Bahasa Melayu
Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-56
May 31st, 2017 | 07:04 AM | 480 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-56.
Majlis tersebut dilaksanakan secara serentak di surau-surau Perkhemahan, Garison dan Pangkalan ABDB, manakala acara kemuncak akan diadakan di Surau Ad Difa di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison pada 8 Jun ini.
Majlis tersebut dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah, wirid dan doa diikuti dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam serta laungan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa Penutup.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]