FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Delegasi Negara Hadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-70 di Geneva


 


 May 31st, 2017  |  07:05 AM  |   528 views

GENEVA

 

Duta Besar dan Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam di Geneva, Switzerland, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman bagi pihak Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, mengetuai Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-70 yang diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 Mei 2017.

 

Perhimpunan tersebut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan dan wakil-wakil dari 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa tema ‘Building Better Systems for Health in the Age of Sustainable Development’.

 

Dalam ucapan plenari TYT, bagi pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan, menyatakan sokongan padu Negara Brunei Darussalam dalam rangka pembangunan yang mampan dan aspirasinya yang mendorong kepada pendekatan yang menyeluruh dan holistik bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk.

 

Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti tiga keutamaan strategik bagi tahun-tahun akan datang iaitu mencegah dan mengawal penyakit-penyakit yang tidak berjangkit (NCD), menyampaikan perkhidmatan terbaik dan memupuk agenda 'Kesihatan adalah perniagaan semua orang', dengan hasrat memperkasakan individu dan masyarakat untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.

 

Antara isu yang dibincangkan dalam perhimpunan tersebut  adalah persediaan, pengawasan dan tindak balas terhadap amaran kesihatan, ketahanan anti-mikrobial, derma dan pengurusan darah, kekurangan global dan akses kepada ubat-ubatan dan vaksin, penyakit berjangkit, NCD dan mempromosikan kesihatan semasa termasuk kesihatan remaja.

 

Bagi pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan, TYT juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah WHO yang akan bersara, Dr. Margaret Chan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau kepada WHO dan mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah yang baru dipilih WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus dari Ethiopia.

 

Sebelum perhimpunan tersebut, TYT turut mengetuai Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat Komanwel Menteri-Menteri Kesihatan Ke-29 pada 21 Mei 2017 di Geneva, Switzerland.

 

Mesyuarat dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan, pegawai kanan dan wakil-wakil daripada pelbagai agensi antarabangsa dari 53 negara anggota Komanwel, yang bertemakan ‘Pembiayaan Mampan Perlindungan Kesihatan Universal sebagai Komponen Penting bagi Keselamatan Global Termasuk Pengurangan Segala Bentuk Keganasan’.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19