FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tembakau - Satu Ancaman Terhadap Pembangunan


 


 May 31st, 2017  |  07:06 AM  |   1056 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 97 peratus daripada orang dewasa tahu bahawa merokok menyebabkan penyakit yang serius.

 

Walaupun begitu, 20 peratus daripada penduduk dewasa dan 11 peratus daripada penduduk belia terus merokok dan hari ini, kami menyeru supaya satu pergerakan untuk menterjemahkan mesej ini kepada perubahan sebenar dalam tingkah laku.

 

Demikian jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dalam perutusan sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 yang disambut pada setiap 31 Mei.

 

Yang Berhormat menambah, setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab mereka sendiri dalam memerangi tembakau, dan bekerja bersama-sama, bagi mewujudkan Brunei bebas tembakau. Bagi mereka yang tidak merokok ujar Yang Berhormat, teruskan komited untuk tidak mengambil produk tembakau sementara bagi mereka yang merokok boleh mendapatkan bantuan untuk berhenti dan membuat pilihan yang tepat untuk kesihatan mereka.

 

''Jika kita berhenti merokok hari ini, minggu depan, tekanan darah kita akan bertambah baik. Dalam masa beberapa bulan, kita akan mengalami peningkatan yang ketara dalam fungsi paru-paru. Kali ini tahun depan, risiko penyakit jantung dan serangan jantung adalah separuh. Elakkan merokok atau berhenti merokok adalah satu langkah penting yang boleh kita ambil untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan diri kita, keluarga dan orang-orang di sekeliling kita.

 

Berhenti merokok mungkin sukar bagi ramai orang dan Kementerian Kesihatan akan menyediakan setiap bantuan dalam menyokong individu-individu yang cuba untuk berhenti merokok. Jika anda perokok pada masa ini, berhenti merokok adalah satu keputusan yang terbaik yang awda boleh buat. Menyertai dan melengkapkan program berhenti merokok profesional memberikan lebih dua kali ganda peluang perokok untuk berhenti merokok. Jika awda atau seseorang yang anda kenali berfikir tentang berhenti merokok, jangan teragak-agak untuk menghubungi talian 123 hari ini untuk mengetahui di mana Klinik Berhenti Merokok terdekat awda,'' tambah Yang Berhormat.

 

Pada 31 Mei, Brunei Darussalam menyertai masyarakat global untuk memperingati Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Tema tahun ini ialah 'Tembakau - Satu Ancaman Terhadap Pembangunan' (Tobacco - a threat to development).

 

Jelas Yang Berhormat, ini menunjukkan penggunaan tembakau sebagai ancaman kepada individu, keluarga dan masyarakat dan akibatnya kepada manusia, termasuk dari segi penderitaan, penyakit, dan kematian, keluarga miskin, dan pembangunan sosio-ekonomi Brunei sendiri. Wang yang tidak digunakan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk kegunaan penting yang lain, termasuk membeli makanan sihat dan pendidikan.

 

Perintah Tembakau 2005 tambah Yang Berhormat, merupakan tumpuan negara bagi tindakan terhadap tembakau. Ini termasuk sekatan ke atas pengimportan, penjualan dan pengedaran produk tembakau.

 

''Sehingga hari ini, tiada lagi mana-mana peruncit tembakau berlesen. Walaupun begitu, produk tembakau masih dijual secara haram di pasaran gelap. Ini merupakan ancaman serius kepada masyarakat kita, dan seluruh masyarakat perlu mengambil tindakan untuk memastikan bahawa sebagai masyarakat, kesihatan dan kesejahteraan diri kita dan anak-anak kita tetap menjadi keutamaan,'' tegas Menteri Kesihatan seterusnya.

 

Menurut Yang Berhormat, isu-isu sekitar berhenti merokok adalah menjadi keutamaan selaras dengan keutamaan strategik Kementerian Kesihatan untuk mendorong 'Kesihatan adalah agenda perniagaan semua orang', meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui penjajaran dan penyatuan, dan mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit.

 

Di akhir perutusan tersebut, Menteri kesihatan sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia ini, turut menyeru masyarakat untuk sama-sama memikirkan bagaimana kita semua - sebagai satu kumpulan dan individu - boleh melakukan tanggungjawab kita untuk mengurangkan ancaman tembakau ke arah pembangunan kita semua.

 

Tinggal di Negara Brunei Darussalam yang bebas dari tembakau tambah Menteri Kesihatan, memerlukan setiap seorang untuk memainkan peranan dan seterusnya tidak melepaskan peluang untuk melakukan sesuatu yang positif hari ini untuk diri dan keluarga kita.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16