FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Md. Hakim Imanuddin, Nur Wafiqah Farisha johan Pertandingan Akhir Menghafaz Ayat-Ayat Lazim


Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman semasa menyampaikan hadiah kepada johan peserta lelaki, Awang Md. Hakim Lmanuddin bin Asrawih dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar

 


 June 14th, 2017  |  09:51 AM  |   1885 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Alunan merdu hafazan surah lazim yang dipersembahkan melayakkan Awang Md. Hakim Imanuddin bin Asrawih dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Kluster 3 dan Dayang Nur Wafiqah Farisha binti Ricki dari Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kluster 4 masing-masing muncul johan bagi Kategori Lelaki dan Perempuan pada Pertandingan Akhir Menghafaz Ayat-Ayat Lazim bagi Sekolah-Sekolah Menengah Kerajaan sempena Sambutan Nuzul Al-Quran 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.  

 

Majlis berlangsung di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, di sini.

 

Naib johan disandang oleh Awang Md. Khairi bin Abdullah Khaeirul Azli dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam Serasa, Kluster 4 dan Dayang Noraini binti Abdullah Razak dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, Kluster 4.

 

Tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Md. Hafiz Marzuki bin Marsal dari Sekolah Menengah Tanjung Maya, Kluster 5 dan Dayang Siti Nurhalizah binti Awang Haji Ahmad Kamal dari Sekolah Menengah Rimba, Kluster 4.

 

Terdahulu, Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan bahawa pertandingan itu adalah julung kalinya diadakan yang dikelolakan oleh Unit Pendidikan Khas di bawah Program Pendidikan Islam dan Moral.

 

Sejumlah 37 pelajar  terdiri daripada pelajar yang mempunyai keterbatasan deria penglihatan, autisme, keperluan dari segi pembelajaran dan dari segi fizikal menyertai pertandingan ini namun hanya 12 pelajar dari Kategori Lelaki dan Perempuan terpilih di peringkat akhir tersebut.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan Zikir Taubat yang dipersembahkan oleh Kumpulan Abna’ul Firdaus, iaitu kumpulan pelajar-pelajar berkeperluan khas dari beberapa buah sekolah menengah dari keempat daerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17