FacebookInstagramTwitterContact

 

The Morning After: Apple's new iPad Pro is thinner than an old iPod nano           >>           US revokes Intel and Qualcomm's licenses for chip sales to Huawei           >>           Meta is testing cross-posting from Instagram to Threads           >>           Battles In East Rafah As Israel Reopens Key Kerem Shalom Aid Crossing           >>           Ukraine Hit By 'Massive' Attack On Energy Grid           >>           Dozens Rescued As Tornado Collapses Michigan Fedex Depot           >>           Anger In Nigeria Over Levy On Money Transfers           >>           Assad Vala To Lead PNG In T20 World Cup, Charles Amini To Be Vice-Captain           >>           Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win           >>           Malaysian Football On Guard After Spate Of Player Attacks           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 bagi Tahun 2016. | FOTO: INFOFOTO

 


 April 26th, 2016  |  09:14 AM  |   4057 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 25 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 bagi Tahun 2016.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik

 

250416 AZMI09 KDYMM

BACAAN Surah Al Fatihah dan doa selamat dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Bangunan JPM, Jalan Menteri Besar dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70; Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar dan Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 

250416 AZMI13 KDYMM

ANTARA yang hadir semasa mesyuarat.

 

Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 sebelum dijunjung ke bilik mesyuarat.

 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

 

Dalam sembah alu-aluan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan berkenaan, antara lain menyembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70.

 

250416 AZMI16 KDYMM

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat balik.

 

Menurut Yang Berhormat, sejak Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 yang diadakan pada 18 Februari lepas bagi merancang dan membuat persediaan acara-acara sambutan bagi membolehkan Jawatankuasa-jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan di Peringkat Daerah juga jawatankuasa-jawatankuasa yang lainnya mengambil tindakan bagi pelaksanaan sebarang acara majlis atau upacara yang diungkayahkan telah bergerak menurut sebagaimana yang dirancang.

 

Yang Berhormat seterusnya menyembahkan laporan mengenai dengan persediaan-persediaan yang telah dilaksanakan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 telah pun dimulakan dengan Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 70 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Seluruh Negara yang telah dilaksanakan serentak di keempat-empat daerah pada 1 Mac lalu.

 

250416 AZMI15 KDYMM

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70 Tahun.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, pemantauan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran 70 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Seluruh Negara tersebut akan bermula pada petang ini bagi kawasan Daerah Brunei dan Muara, di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

 

Pada mesyuarat tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah.

 

Ini diikuti dengan Sembah Persediaan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-70 bagi Tahun 2016 yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd. Salam.

 

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengiran-Pengiran Cheteria, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Daerah, wakil-wakil dari sektor swasta, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-70.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

Passport E-Gates Back Online After Outage Causes Delays At UK Airports

 2024-05-09 00:32:10