FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DARe Peka Tangani Isu Berkaitan Perkhidmatan Proses Perniagaan


 


 June 15th, 2017  |  06:52 AM  |   373 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 2,000 permasalahan perniagaan yang dihadapi oleh para Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) setakat ini telah dapat diselesaikan oleh pihak Business Helpdesk (BHD) dengan kerjasama  agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

Menurut kenyataan Darussalam Enterprise (DARe), antara langkah yang telah diambil oleh pihak DARe dalam membantu menyelesaikan permasalahan PMKS adalah dengan memperkenalkan Skim Kewangan Mikro Kredit bagi PMKS yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pinjaman kewangan; di samping memudahkan serta mempercepatkan proses permohonan tapak atau kompleks di bawah pengendalian DARe bagi PMKS yang menepati kriteria-kriteria permohonan dan memperkenalkan beberapa program serta inisiatif pembangunan keupayaan perniagaan iaitu Akademi Industri Perniagaan (IBA) dan ‘Startup Bootcamp’.

 

Selain itu, DARe juga membantu PMKS dalam mendapatkan maklumat mengenai proses peniagaan yang diperlukan dari agesi-agensi kerajaan; membuat susulan dari agensi-agensi kerajaan berkenaan permohonan ataupun pertanyaan yang belum mendapat balasan; serta memanjangkan dan mengongsikan isu-isu perniagaan yang dihadapi PMKS kepada Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO), Unit Ease of Doing Business (EODB) dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

 

Langkah-langkah tersebut sedikit sebanyak mempermudahkan urusan perniagaan yang dilalui oleh para PMKS.

 

Sementara bagi permasalahan berkaitan pembayaran lambat daripada pihak kerajaan, BHD giat bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan isu-isu ini serta berusaha bagi menambahbaikkan proses tersebut.

 

Antaranya adalah dengan penubuhan ‘Treasury Vendor Clinic’ bagi membantu menyelesaikan masalah pembayaran dengan lebih efektif dan efisien.

 

Di samping itu, DARe akan sentiasa peka dalam menangani isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan proses perniagaan yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi memastikan ekosistem perniagaan yang efektif dan kondusif.

 

Dalam usaha untuk mempermudahkan akses kepada maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan,  DARe bersama Unit EODB kini dalam proses mengumpul maklumat  dan garis pandu yang berhubung dengan perniagaan yang mana dijangka akan ditempatkan di laman sesawang: www.business.gov.bn.

 

Para peniaga, pengusaha dan orang ramai yang ingin menyuarakan masalah yang dihadapi dalam perniagaan atau berminat menyuarakan pandangan serta pertanyaan berkaitan dengan perniagaan, boleh menghubungi BHD melalui Talian Darussalam: 123, hotline: 8363442 atau portal dalam talian BHD; http://www. business. gov.bn/businesshelpdesk/Home.aspx.

 

Orang ramai juga boleh mengunjungi BHD di Premis Business Support Centre (BSC) Cawangan Daerah Brunei dan Muara (DBM) di Bangunan Design and Technology, Simpang 32-37, Kampung Anggerek Desa atau Cawangan Daerah Belait di aras bawah, Bangunan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Kuala Belait.

 

Waktu beroperasi bagi Cawangan DBM adalah  Isnin hingga Khamis, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.30 petang, manakala pada Jumaat, ia beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.15 hingga 4.30 petang, manakala bagi cawangan Daerah Belait pula, beroperasi setiap Selasa dan Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 hingga 4.30 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17