Home > Bahasa Melayu
Pakistan Sedia Bantu UNISSA Kembangkan Reputasi
June 15th, 2017 | 07:00 AM | 638 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan telah membuat kunjungan hormat kepada Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan ruang kerjasama bidang pendidikan yang boleh diterokai di Republik Islam Pakistan.
Menurut TYT, pada masa ini Pakistan mempunyai lebih daripada 200 buah universiti yang mempunyai bidang kepakaran masing-masing. TYT juga bersedia membantu UNISSA dalam mengembangkan reputasinya ke peringkat antarabangsa.
Setakat ini UNISSA telah mempunyai hubungan dua hala kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Islamabad (IIUI), Pakistan setelah termeterai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) pada 14 Februari 2017 yang lalu. Rektor UNISSA juga pernah menghadiri Mesyuarat Penubuhan Jaringan Universiti-Universiti Islam Asia-Afrika yang berpangkalan di Islamabad, Pakistan dan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung.
Dalam kunjungan tersebut, pihak UNISSA mengalu-alukan kehadiran warga Pakistan yang berminat untuk mengikuti kursus pengajian di UNISSA. Pada masa ini, seorang pelajar warga Pakistan telah menamatkan pengajiannya dan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Syariah dan dua orang lagi sedang mengikuti program Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam.
Kunjungan hormat ini dihadiri sama oleh Timbalan Rektor UNISSA dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]