FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelbagai Produk Dijual di Gempak Raya 2017


 


 June 15th, 2017  |  07:03 AM  |   1487 views

BERAKAS

 

Lebih 60 pengusaha tempatan terdiri daripada para usahawan belia menawarkan produk mereka pada acara Gempak Raya 2017 yang bermula hari ini sehingga penghujung Ramadan, bertempat di Kawasan Parking VVIP (Tangga Besar), Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

 

Acara Amal anjuran Star Bugs Event Management itu dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

Pada majlis pelancaran tersebut, pihak penganjur yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Awang Sufri bin Puasa turut memberi sumbangan berupa dua unit kerusi roda untuk orang kurang upaya dan sumbangan hasil bersih keuntungan Star Bugs Event Management untuk didermakan kepada Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan Brunei, yang mana telah diterima oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Majlis diselajurkan dengan acara berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

 

Selain jualan pelbagai jenis produk seperti Songket Tenunan Brunei, baju raya, biskut, kek serta kuih muih raya, acara kemuncaknya ialah bergunting rambut secara percuma khas untuk kanak-kanak yang datang berkunjung bersama keluarga membeli belah di Gempak Raya 2017.

 

Di samping itu, lebih 2,000 batang ais krim akan diberikan secara percuma kepada pengunjung kanak-kanak.

 

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke acara Pesta Jualan raya ini yang dibukakan setiap hari sehingga 25 Jun nanti bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39