Home > Bahasa Melayu
ILC Ke-106 Bincang Isu Buruh
June 15th, 2017 | 07:04 AM | 1177 views
GENEVA
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong telah menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Ke-106 yang bermula 12 hingga 14 Jun 2017.
Tahun ini ILC, berlangsung dari 5 hingga 16 Jun 2017, telah membincangkan isu-isu buruh dan pekerjaan penting yang berkaitan dengan cabaran tadbir urus berdasarkan penghijrahan buruh, semakan terakhir untuk Kerja (Transition from War to Peace) Recommendation (No. 71), pemansuhan dokumen lama International Labour Organization (ILO) serta perbincangan berulang kepada objektif strategik prinsip-prinsip asas dan hak di tempat kerja di bawah susulan kepada Deklarasi 2008 ILO dalam keadilan sosial untuk globalisasi yang adil.
Turut hadir Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Geneva, Tuan Yang Terutama, Dato Paduka Awang Haji Mohd Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Awang Haji Abdul Rahman, Pesuruhjaya Buruh, serta wakil-wakil negara dari pertubuhan majikan dan pekerja.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa menyampaikan kenyataannya di persidangan tersebut pada 13 Jun 2017, memuji usaha ILO dalam mempromosikan keperluan untuk koleksi sistematik dan pengharmonian statistik penghijrahan buruh untuk menangani defisit data mengenai trend penghijrahan buruh.
Dalam kenyataan plenari, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga turut menyentuh mengenai pencapaian Persidangan Buruh Antarabangsa yang sedang dalam perbincangan akhir mengenai Saranan No. 71, sebagai dokumen yang mengiktiraf sepenuhnya fungsi penting penjanaan pekerjaan, penciptaan perusahaan dan latihan keusahawanan dalam memulihkan kehidupan dan menggalakkan keamanan, pemulihan dan daya tahan selepas kejadian krisis dan bencana.
Sebelum kenyataan plenari berkenaan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga telah menyertai Menteri-Menteri Buruh ASEAN menikmati sarapan pagi, yang dihoskan oleh Setiausaha Buruh dan Pekerjaan Republik Filipina yang diadakan di Grand Hotel Kempinski Geneva, bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 pembentukan ASEAN.
Dalam margin ILC Ke-106, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lim Swee Say dan bertukar-tukar pandangan terbaik mengenai pembangunan kemahiran dalam konteks tenaga kerja dan pekerjaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]