Home > Bahasa Melayu
Ombak Rindu Ramadan serikan Majlis Khatam UNISSA
REKTOR UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim yang diraikan pada majlis tersebut
June 18th, 2017 | 07:34 AM | 519 views
GADONG
Memperingati dan menghayati peristiwa bersejarah Nuzul Al-Quran di samping menanamkan minat untuk membaca dan mendalaminya. Itulah antara tujuan Majlis Khatam Al-Quran anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Majlis tersebut diadakan di Surau Asy-Syafi’i, UNISSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku tetamu kehormat.
Seterusnya bacaan Tahtim dan Doa Khatam disempurnakan oleh pelajar Tahun 3, Fakulti Bahasa Arab UNISSA, Awang Md. Arif bin Haji Johari.
Acara diteruskan dengan penyampaian derma kepada 25 anak-anak yatim terdiri daripada pelajar UNISSA, anak-anak pensyarah dan kakitangan UNISSA yang telah kembali ke rahmatullah serta ahli keluarga UNISSA.
Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Arab, Dr. Ahmed Asri Lubis bertajuk ‘Ombak Rindu Ramadan’. Disusuli dengan Iftar Jama’ie (Majlis Berbuka) bersama-sama.
Majlis ini juga bertujuan untuk meraih ganjaran pahala di bulan Ramadan dengan amalan bersedekah di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama warga UNISSA.
Turut hadir, Timbalan Rektor, Penolong Rektor, para pegawai dan kakitangan serta mahasiswa-mahasiswi UNISSA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]