FacebookInstagramTwitterContact

 

RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan Al-Quran Sebagai Teman


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar

 


 June 18th, 2017  |  07:38 AM  |   427 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya  mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi, bertempat di Dewan Bankuet, jabatan berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Masjid Kampung Belimbing Subok, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

 

Ini kemudiannya diteruskan dengan Sesi Ceramah bertajuk 'Al-Quran Temanku Menceriakan Hidupku' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan dari Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Haji Abdus Salam bin Haji Abdul Rahman.

 

Dalam ceramahnya menjelaskan, Allah Subhanahu Wata'ala telah menurunkan Al-Quran pada malam yang penuh berkat, iaitu pada malam Lalilatul Qadar di bulan Ramadan.

 

Al-Quran katanya, dijadikan panduan hidup kita di muka bumi ini kehidupan yang sementara dan menuju ke tempat yang kekal iaitu di akhirat, antara syurga dan neraka.

 

Beliau berkata, Al-Quran sebagai teman, sahabat dan kawan agar kita dapat hidup di dunia ini, khususnya dalam keadaan ceria di mana ceria yang utama adalah di akhirat dan untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman, pendamping, kawan, kita perlu sama-sama memahami Al-Quran.

 

Majlis kemudian diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 49 orang kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya oleh tetamu kehormat.

 

Majlis ini dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Institut Perkhidmatan Awam.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54