Home > Bahasa Melayu
Jalan Kampung Pintu Malim ditutup Sementara
June 19th, 2017 | 09:33 AM | 451 views
PINTU MALIM
Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai dan para pengguna jalan raya, khususnya kepada penduduk di kawasan Kampung Pintu Malim bahawa kerja-kerja menaikkan / pemasangan 'I-BEAM' bagi projek Pembinaan Jambatan Sungai Kebun akan dilaksanakan pada hari Isnin, 19 Jun 2017, bermula jam 11.00 malam sehingga jam 4.00 pagi (hari Selasa 20 Jun 2017, pada hari berikutnya).
Sehubungan dengan itu, jalan menuju ke Kota Batu berhampiran dengan Stesen Minyak Kampung Pintu Malim akan ditutup sementara secara sepenuhnya semasa kerja-kerja berkenaan dilaksanakan.
Di kesempatan ini, pihak jabatan menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut, supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan berwaspada serta mematuhi papan-papan tanda arahan lalu lintas yang telah disediakan.
Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam : 123 / livechat +673 8333123, Facebook : Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan Email : [email protected].
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]