FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Terrace House in Bengkurong (B$190K, Property Chinese Owned) • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • Shop house in Kiulap for Sale (44 years lease, approx 5,000.00 per month rental) • Chempaka Terrace House for Rent (3 bedrooms, B$700.00 per month) • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975, +6738839007           >>           Fully furnished office space for rent at Regus Brunei. Call +673-886-2879 or go to www.regus.com.bn           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: 242-7623/+673 883-9007           >>           HAPPY EID MUBARAK "Wishing you prosperity and peace on this holy occasion of EID MUBARAK"           >>           Junjung Ziarah in the Morning of First Day the Istana is Opened           >>           Junjung Ziarah in the Afternoon of First Day the Istana Is Opened           >>           First Day of "Open Istana"           >>           Minister of Education Hari Raya Open House           >>           D. Masjaffre Restaurant Donation Presentation Ceremony           >>           TAP Headquarters Will Be Closed on Friday, 30th June 2017           >>           N. Jakarta Officials Improve Data To Pave Way For Anies's Ok-Oce Program           >>           We Have Never Asked Govt To Allow Immediate Demolition Of Oxley Road House: Hsien Yang           >>           Duty Calls, So Firemen Make Sacrifices And Stand By For Emergencies           >>           BI To Deploy 36 New Immigration Officers To Mindanao, Palawan           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:36AM

Subuh

: 04:46AM

Syuruk

: 06:11AM

Doha

: 06:35AM

Zohor

: 12:24PM

Asar

: 03:50PM

Maghrib

: 06:35PM

Isyak

: 07:51PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PERDA Sumbangkan Derma Kepada 14 Anak Yatim


 


 June 19th, 2017  |  09:35 AM  |   151 views

PENANJONG

 

Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia lagi berkat dan ia bukan hanya untuk berpuasa sahaja tetapi juga memberi peluang kepada umat Islam untuk melakukan kebajikan dan juga beramal seperti yang telah dianjurkan di dalam Al-Quran Kareem.

 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi ini Persatuan Pemuda Pemudi Kampung Penanjong (PERDA) sekali lagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Derma kepada 14 orang anak yatim Kampung Penanjong. Majlis berlangsung di Dewan PERDA, di sini pada hari Khamis, 15 Jun 2017.

 

Derma berjumlah BND6,125 itu adalah hasil kutipan Ahli-ahli Persatuan PERDA, Syarikat Pengangkutan Kampung Penanjong, PERDA Properties [BAKODA], Koperasi Jiya'na, 'Keluarga Allahyarham Sahat dan Napsiah', penduduk-penduduk kampung serta sumbangan peribadi daripada pihak perseorangan.

 

Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim ialah Yang Dipertua PERDA, Awang Haji Shahbudin bin Haji Musa.

 

Juga hadir pada majlis tersebut, Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung Penanjong, Mejar [B] Haji Said bin Sahari dan juga para Penasihat serta ahli-ahli PERDA.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Setiausaha Agama PERDA, Awang Haji Mohd. Rozaini bin Haji Abdi Manaf disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PERDA selaku Pengerusi Majlis, sementara bacaan Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Awang Haji Mohd. Rozaini.

 

Acara yang telah berjalan buat kali ketujuh itu sudah menjadi aktiviti tahunan Persatuan PERDA bertujuan untuk memberi perhatian kepada anak-anak yatim yang ada di Kampung Penanjong serta sebagai salah satu amal ibadat bagi meraih ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


50,000 Attend Sabah Cabinet Aidilfitri Open House

 2017-06-27 08:16:33

Vatican Concerns Over Bishop Detained In China

 2017-06-27 08:31:13

Gold Plunges After 1.8 Million Ounces Were Traded In One Minute

 2017-06-27 08:50:27