FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Terrace House in Bengkurong (B$190K, Property Chinese Owned) • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • Shop house in Kiulap for Sale (44 years lease, approx 5,000.00 per month rental) • Chempaka Terrace House for Rent (3 bedrooms, B$700.00 per month) • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975, +6738839007           >>           Fully furnished office space for rent at Regus Brunei. Call +673-886-2879 or go to www.regus.com.bn           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: 242-7623/+673 883-9007           >>           HAPPY EID MUBARAK "Wishing you prosperity and peace on this holy occasion of EID MUBARAK"           >>           China Reclaims Spot As World's Biggest Holder Of Treasuries           >>           Libya's Biggest Oil Field Is Reopening For Business           >>           Now Norway's Domestic Wealth Fund Is Getting Worried           >>           Bank Of America Warns Of An ‘Ominous’ Sign For Stocks           >>           Liverpool Secure Champions League Playoff First-Leg Win In Hoffenheim           >>           Skuad Bola Jaring masih ada harapan           >>           BKN, PMNIDAT perluas kerjasama           >>           Ambil peranan aktif dalam rancangan Sambutan Jubli Emas           >>           Kukuhkan kerjasama dalam bidang geospatial           >>           Dua buah rumah musnah dalam kebakaran           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Program Peningkatan Personel Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya
July 24th, 2017 | 08:00 AM


Majlis Pelancaran Filem Komedi Brunei ‘Rina 2’
July 25th, 2017 | 19:45 PM


Majlis Perasmian ‘Fruits of BIMP-EAGA: Culture & Food in Tourism Expo 2017
July 27th, 2017 | 10:15 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:47AM

Subuh

: 04:57AM

Syuruk

: 06:16AM

Doha

: 06:39AM

Zohor

: 12:26PM

Asar

: 03:41PM

Maghrib

: 06:33PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


40 Keluarga Terima Sumbangan Hamper


PROGRAM Jalinan Kasih Belia 2017 yang diadakan di Pusat Belia, BSB

 


 June 19th, 2017  |  09:39 AM  |   174 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 40 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara yang telah dikenal pasti dan mempunyai pendapatan rendah serta memiliki banyak tanggungan menerima sumbangan hamper untuk Hari Raya Aidilfitri dalam Program Jalinan Kasih Belia 2017.

 

Majlis pengagihan hamper tersebut diadakan  tadi di Pusat Belia di ibu negara.

 

Hadir di majlis tersebut bagi melancarkan program berkenaan ialah Penasihat Bersama, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Md. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim dan Pemangku Penolong Ketua Radio, Awang Haji Hasnan bin Haji Suhaili selaku wakil peribadi Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

 

Hamper-hamper tersebut disampaikan oleh Penasihat Bersama kepada wakil kumpulan sukarelawan yang mana mereka dibahagikan kepada empat kumpulan zon bagi mengagih-agihkan hamper tersebut.

 

Program anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei (RTB) itu dibahagikan kepada tiga fasa.

 

Fasa pertama ialah masakan dan diikuti dengan fasa kedua aktiviti pembungkusan dan fasa terakhir ialah aktiviti pengagihan hamper kepada penerima yang telah dikenali pasti.

 

Penerima yang menerima sumbangan tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai pendapatan rendah serta memiliki banyak tanggungan setelah pemeriksaan dibuat di kediaman mereka.

 

Program Jalinan Kasih Belia 2017 berkenaan mendapat perhatian dari orang persendirian dan syarikat-syarikat swasta bagi sama-sama membantu serta memberi sumbangan bagi menjayakan program tersebut semasa bulan Ramadan ini.

 

Ia melibatkan lebih 30 belia sukarelawan yang merupakan kerjasama pertama bersama RTB, di mana program tersebut akan dijadikan salah satu rancangan yang akan disiarkan melalui siaran televisyen RTB.

 

Program itu diharap dapat mendidik dan mendedahkan para belia untuk sama-sama berganding bahu memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan, sekali gus dapat memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


No Evacuation Request – Fire And Rescue Dept

 2017-08-16 08:41:04

N Korea Leader 'Briefed' On Guam Plan But Opts To Wait

 2017-08-16 09:01:35

China Reclaims Spot As World's Biggest Holder Of Treasuries

 2017-08-16 14:27:29