Home > Bahasa Melayu
AJK Takmir Masjid adakan Majlis Khatam Al-Quran
June 19th, 2017 | 09:44 AM | 726 views
SUNGAI HANCHING
Bagi meraih pahala yang berlipat ganda di bulan suci Ramadan ini, masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah di negara ini terus diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan.
Antara masjid yang tidak ketinggalan mengadakan aktiviti seumpamanya ialah, Masjid Kampung Sungai Hanching yang turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid tersebut sejurus selepas Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir.
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah.
Pada majlis tersebut, tetamu kehormat majlis juga menyampaikan cenderamata kepada para peserta khatam yang diraikan.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Haji Norazaleneta bin Haji Ratu dan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]