FacebookInstagramTwitterContact

 

BORNEO HOUSING AGENCY: Shop House in Seria Town • Industrial Warehouse in Menglait, Gadong for Rent • Shop house in Gadong (Ground Floor) for Rent • Industrial Shops in Bunut for Sale • Land in Jerudong for Sale • • Shop house in Kiarong for Sale (B$380.00) • TEL: +6738732975           >>           Private Company Urgently Need Houses & Flats for Rent in Bandar Seri Begawan, Kindly Contact the ff. nos. for further information: +673 222 0178/+673 873 2975           >>           Google Assistant on phones now offers a choice of hotwords           >>           Hackers shut down plant by targeting its safety system           >>           Pentagon funded UFO identification program for 5 years           >>           Jakarta agency recommends shutting down nightclub after drug raid           >>           Search for pet sitter leads couple to start first commercial boarding service for rabbits and rodents           >>           Petrol station murder: Victim’s wife collects body           >>           Griezmann apologises after posting blackface photo on social media           >>           Wayne Rooney: Manchester United '08 better than Pep Guardiola's Man City           >>           Man United will chase Man City 'until the last match' - Jose Mourinho           >>           U.N. to vote Monday on call for U.S. Jerusalem decision to be withdrawn           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Annual Year End Exhibition
December 21st, 2017 | 00:00 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:47AM

Subuh

: 04:57AM

Syuruk

: 06:21AM

Doha

: 06:45AM

Zohor

: 12:17PM

Asar

: 03:39PM

Maghrib

: 06:11PM

Isyak

: 07:26PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan 10 Malam Terakhir Ramadan Lebih Bermakna


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir di Majlis Qiamullail sempena Bulan Ramadan Tahun 1438H / 2017M anjuran Kementerian Pendidikan yang mengambil tempat di Masjid Kampung Sungai Hanching

 


 June 19th, 2017  |  09:45 AM  |   388 views

SUNGAI HANCHING

 

Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini terutamanya pada malam-malam sepuluh akhir Ramadan, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Qiamullail sempena Bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi bertempat di Masjid Kampung Sungai Hanching, di sini.

 

Hadir pada majlis yang bermula jam 3.00 pagi itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Majlis Qiamullail Kementerian Pendidikan diisikan dengan Sembahyang Sunat Iftitah, Sunat Taubat, Tahajud dan Tasbih yang diimamkan oleh Imam Masjid berkenaan, Imam Haji Noorazalenela bin Haji Ratu.

 

Sejurus itu, aktiviti Qiamullail diteruskan dengan jamuan bersahur yang disediakan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum bersama Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Kementerian Pendidikan selaku pengendali dan penyelaras aktiviti berkenaan.

 

Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah, diikuti dengan Sesi Tazkirah yang disampaikan oleh Pengiran Haji Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

 

Dalam sesi tazkirahnya, beliau antara lain mengingatkan agar sisa-sisa Ramadan yang akan dilalui seterusnya ini, akan lebih bermanfaat untuk kita selaku umat Islam pelihara dan menjaga untuk mengecapi nikmatnya dan memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Ramadan kali ini adalah yang lebih bermakna.

 

Al-Quran jelasnya, mukjizat yang paling besar yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di mana Al-Quran ini bukan hanya sekadar teman malah dianggap kekasih, kerana dengan kekasih itulah kita akan selalu berdamping dengannya.

 

Menurutnya lagi, bila kita mendampingi Al-Quran di dunia, ia akan datang di akhirat nanti memberi syafaat kepada mereka yang membacanya.

 

''Bila kitani bercinta dengan Al-Quran, ia akan membela kitani di hari kiamat dan memastikan kita masuk syurga,'' ujarnya menambah.

 

Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan khasnya, untuk menghidupkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan dengan amal ibadah selain bagi mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan di bulan yang mulia.

 

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Bahagian dalam jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli Takmir Masjid, para jemaah masjid dan penduduk di sekitarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Tekun Needs To Increase Maximum Loan Amount To Help Smes

 2017-12-17 09:55:02

Wu Yongning: Who Is To Blame For A Daredevil's Death?

 2017-12-17 10:19:08

China Seeks Financial Cooperation With U.K.

 2017-12-17 10:37:48