Home > Bahasa Melayu
Penglihatan Anak Bulan Syawal 24 Jun ini
June 20th, 2017 | 08:39 AM | 1483 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak lima lokasi telah dipilih bagi penglihatan anak bulan Syawal Tahun 1438 Hijrah seluruh negara pada petang Sabtu, 29 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan 24 Jun ini.
Menurut Siaran Akhbar Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, JPM akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 1438 Hijrah) di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan di Bukit Amboq, Daerah Tutong.
Berikutan dengan itu, pengumuman satu Syawal (awal Syawal bagi tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik-baik sahaja rukyah pada petang tersebut diperoleh melalui pihak berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]