Home > Bahasa Melayu
Badan Tanmiah Harta adakan Majlis Khatam Al-Quran
Sesi bergambar ramai
June 20th, 2017 | 08:48 AM | 1792 views
KOTA BATU
Pegawai-pegawai dan kakitangan Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sebagai penutup Tadarus Al-Quran yang telah diadakan sejak awal Ramadan.
Majlis tersebut diadakan di Pejabat Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, Jalan Kota Batu, di sini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pengarah Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam, Awang Haji Mohammad Ja’afar bin Haji Johari diikuti dengan acara Khatam Al-Quran, bacaan Tahtim dan Dikir Marhaban.
Juga hadir, tenaga pengajar Al-Quran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Aktiviti keagamaan adalah aktiviti tahunan yang diadakan bagi memeriahkan serta merebut keberkatan dan ganjaran pahala dalam bulan Ramadan, di samping mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan badan berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]