FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Bantu Ringankan Bebanan Mereka yang Memerlukan


DAYANG Nabilah binti Abdullah Mohammad (dua dari kanan), 17, pula menjelaskan sebagai penerima Golongan Anak Yatim bersama tiga adik beradiknya yang lain juga turut melahirkan rasa syukur atas kurnia peribadi yang terima

 


 June 20th, 2017  |  08:57 AM  |   925 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberi makna yang sangat berharga kepada rakyat dan penduduknya khususnya golongan tertentu dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

 

Pemberian kurnia peribadi ini juga berupaya untuk menampung perbelanjaan seharian mereka selain daripada  sebagai simpanan untuk kegunaan yang lainnya.

 

Pelita Brunei sempat membuat pendekatan bersama beberapa orang penerima pada Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada golongan tertentu bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

Menurut Awang Mohd Allyshah bin Samsudin, 31, yang menetap di Kampung Rimba selaku wakil anaknya, Awang Md Jareed Al-Amin, 5, yang tergolong sebagai penerima Golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK) melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas Kurnia Peribadi Kebawah DYMM.

 

Sejak menerima kurnia dua tahun yang lalu katanya, beliau sangat bersyukur dengan adanya rezeki dari Allah Subhanahu Wata'ala bagi anaknya lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

 

Bagi Dayang Nabilah binti Abdullah Mohammad, 17, pula menjelaskan sebagai penerima Golongan Anak Yatim bersama tiga adik-beradiknya yang lain juga turut melahirkan rasa syukur atas kurnia peribadi tersebut.

 

Beliau yang menetap di Kampung Sungai Bunga itu seterusnya berkata, akan membelanjakan kurnia peribadi kepada apa yang penting sahaja dan seterusnya menyimpan selebihnya untuk digunakan di kemudian hari.

 

“Kami bersyukur kerana mempunyai raja yang sangat prihatin dan bermurah hati dalam membantu rakyat dan penduduknya,” ujarnya.

 

Sementara itu, Dayang Hajah Asiah binti Pakrad, 60, yang menetap di Kampung Perpindahan Bunut, sebagai penerima Golongan Majlis Ugama Islam Brunei  juga menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia peribadi baginda yang dapat meringankan perbelanjaan hariannya.

 

Menurutnya, kurnia tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya terutama dalam membeli barang-barang keperluan yang tertentu bagi persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba.

 

Manakala salah seorang penerima Golongan Bantuan Kebajikan Bulanan, Dayang Aisah binti Haji Sahat, 47,  yang menetap di Kampung Jerudong juga berasa bersyukur atas kurnia daripada Kebawah DYMM.

 

Beliau yang ditemani dua orang anaknya sebagai penerima Golongan OBK juga menjelaskan, Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang sungguh prihatin serta sentiasa mengambil berat terhadap orang-orang yang memerlukan bantuan di negara ini.

 

Beliau sekeluarga memanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas Kurnia Peribadi Kebawah DYMM dan mendoakan agar baginda sentiasa sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16