FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2,658 Penerima Kurnia Daerah Belait


YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ketika berkenan menyempurnakan pengurniaan Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M

 


 June 20th, 2017  |  09:22 AM  |   1518 views

KUALA BELAIT

 

Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri kepada golongan tertentu bagi Daerah Belait berlangsung hari ini di Dewan Pusat Insani, Seria di sini.

 

Berangkat menyempurnakan pengurniaan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

 

Keberangkatan tiba YTM berdua dijunjung oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan isteri dan Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan isteri.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Seramai 2,658 penerima terdiri daripada beberapa golongan tertentu menerima kurnia peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di majlis tersebut.

 

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, kategori Orang Berkeperluan Khas, penerima Bantuan Kebajikan Bulanan dan penerima dari Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Kelebihan bersedekah digambarkan begitu indah di dalam Al-Quran antaranya dinyatakan bagi orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah, meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

 

Sementara sedekah pula bermaksud meliputi mencucikan harta, mencucikan badan, menolak bala dan penyakit, menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal serta berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya.

 

Dari itu, Kurnia Peribadi Kebawah DYMM jelas mencerminkan pemedulian dan keprihatinan baginda yang sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini, khususnya dalam kalangan golongan yang memerlukan bantuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17