FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Projek Amal Jalinan Kasih Pupuk Semangat Pemedulian


 


 June 21st, 2017  |  09:05 AM  |   399 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seperti lazimnya, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kampus Nakhoda Ragam sekali lagi mengadakan Projek Amal Jalinan Kasih IBTE Kampus Nakhoda Ragam. 

 

Rombongan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Badan Sosial kampus tersebut, telahpun mengagihkan sumbangan yang berupa makanan asasi seperti beras, minyak masak dan gula kepada beberapa keluarga yang terpilih.

 

Sebanyak 5 buah keluarga telah menerima sumbangan ini yang kesemuanya berada di Daerah Brunei Muara iaitu, di STKRJ Perpindahan Kampung Lambak Kiri, Kampung Lambak Kiri, Perpindahan Kampung Lambak Kanan dan Kampung Salambigar. Sumbangan ini adalah hasil derma seangkat-angkat hati dari warga IBTE Kampus Nakhoda Ragam.

 

Projek Amal Jalinan Kasih ini merupakan projek tahunan IBTE Kampus Nakhoda Ragam setiap kali menjelangnya bulan Ramadan dan sudah dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Badan Sosial sejak beberapa tahun kebelakangan. Projek ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan keluarga yang kurang berkemampuan, berpendapatan rendah, memiliki tanggungan yang banyak, warga emas dan juga penerima-penerima bantuan kebajikan dari agensi kerajaan.

 

Di antara objektif projek ini adalah untuk memupuk semangat pemedulian dan menanamkan sifat 'inda camah mata' khususnya di kalangan seluruh warga IBTE Kampus Nakhoda Ragam kepada golongan yang memerlukan, di samping membanyakkan kegiatan kebajikan di bulan Ramadan.

 

Pembahagian dan pembungkusan barang-barang sumbangan dilakukan secara bergotong-royong oleh Ahli Jawatankuasa Badan Sosial IBTE Kampus Nakhoda Ragam yang dijayakan oleh guru-guru dan sekumpulan pelajar yang terpilih.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17