Home > Bahasa Melayu
Majlis Tadarus di Kediaman Timbalan Menteri HEU
MAJLIS Tadarus di rumah kediaman Timbalan Menteri HEU sempena bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah
June 21st, 2017 | 09:56 AM | 626 views
SUNGAI HANCHING
Umat Islam di seluruh dunia akan berusaha memperbanyakkan amal ibadah seperti bersedekah, bertadarus Al-Quran dan sebagainya bagi merebut ganjaran pahala berlipat ganda di bulan Ramadan.
Bagi menyemarakkan lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Majlis Tadarus diadakan di kediaman Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud di Kampung Sungai Hanching, di sini.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, diikuti dengan bacaan Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai.
Majlis diakhiri dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darusaalam.
Juga hadir, para pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]