FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua Produk Suplemen Kesihatan Tercemar


 


 June 22nd, 2017  |  08:00 AM  |   1261 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua produk suplemen kesihatan yang mana hasil dari ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk-produk tersebut telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan.

 

Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, produk-produk berkenaan adalah seperti berikut : Baschi Quick Slimming Capsule 650mg di bawah pengilang Taiwan Nuomeixiu Cosmetic & Beauty Co.Ltd, yang dicemari dengan Sibutramine.

 

Sementara itu, produk Gorgeousleem Advanced Capsule yang tidak dinyatakan pengilangnya juga telah didapati dicemari dengan Sibutramine, Acetaminophen dan Spironolactone.

 

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Sibutramine adalah agen pelangsing badan yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana kesannya yang boleh memudaratkan jantung dan hati. Pengambilan sibutramine juga boleh menyebabkan kesan advers yang serius seperti tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur; dan dalam kes-kes yang paling teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan hati.

 

Acetaminophen atau Paracetamol boleh diambil untuk rawatan-sendiri (self-medication), tetapi apabila perubatan tradisional tidak diisytiharkan mengandungi Acetaminophen atau Paracetamol, pengambilanya yang berlebihan tanpa disedari boleh membawa pada kerosakan hati, kegagalan buah pinggang, koma dan akhirnya kematian.

 

Spironolactone adalah sejenis diuretik potassium-sparing yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, kegagalan jantung kengesif dan lebihan kandungan air dalam badan. Penggunaan spironolactone tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kerosakan pada hati, kekeliruan, pening, loya-loya, keletihan, gangguan pada kitaran haid, paras potasium yang meningkat dalam darah yang menyebabkan degupan jantung tidak menentu dan ruam pada kulit hingga menyebabkan kemerah-merahan dan melepuh pada bahagian lain badan (dinamakan sebagai sindrom Stevens-Johnson).

 

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang telah membeli atau mengunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan sampingan dan merasa tidak sihat selepas pengunaan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

 

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara 'online' seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ia adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi BND5,000 penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan ke Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

 

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian telefon +673 2384182, menghantar e-mel ke '[email protected]' atau berjumpa terus dengan Pegawai Penguatkuasaan di Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan, Tingkat 1, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Negara Brunei Darusalam. Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17