Home > Bahasa Melayu
Pengeluaran Sekuriti Sukuk Al-Ijarah Jangka Pendek ke-146
June 22nd, 2017 | 08:01 AM | 642 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir pengeluaran Sukuk Al-Ijarah, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penentuan harga bagi pengeluaran sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek ke-146.
Jumlah pengeluaran sukuk siri ke-146 adalah sejumlah BND100 juta, iaitu tarikh pengeluaran pada 15 Jun 2017, sementara tarikh matang adalah pada 14 September 2017 dalam jangka masa tenor selama 91 hari pada kadar sewa 0.6250 peratus.
Dengan pengeluaran tersebut, kerajaan Brunei setakat ini telah mengeluarkan lebih BND10.9782 bilion nilai Sekuriti Sukuk Al-Ijarah jangka pendek, sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan baki tertunggak pegangan jumlah Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 14 September 2017 berjumlah BND393.2 juta.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]