Home > Bahasa Melayu
AJK Takmir Masjid Kampung Kulapis adakan Majlis Khatam
June 22nd, 2017 | 08:03 AM | 1337 views
KULAPIS
Bagi mengimarahkan bulan suci Ramadan, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis telah menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran sejak awal bulan Ramadan dan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran di masjid berkenaan petang tadi.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Zainal bin Haji Othman yang juga mengetuai Majlis Takhtim. Doa Takhtim dibacakan oleh Iman Haji Md. Burhanuddin bin Haji Damit.
Majlis turut diserikan dengan Zikir Marhaban dibawakan oleh AJK Takmir masjid berkenaan dan diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah, Majlis Bersungkai dan Solat Fardu Maghrib Berjemaah.
Acara berkenaan merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh AJK Takmir masjid sempena bulan Ramadan.
Majlis dihadiri sama oleh penduduk kampung dan sekitarnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]