Home > Bahasa Melayu
Majlis Khatam Al-Quran RPN Kampung Serasa
PENYAMPAIAN derma kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammed bin Pengiran Haji Osman
June 22nd, 2017 | 08:11 AM | 1073 views
SERASA
Majlis-majlis Khatam Al-Quran terus diadakan dalam sama-sama mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang kini memasuki minggu terakhir.
Turut mengadakan majlis seumpamanya, hari ini ialah Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Serasa yang berlangsung di Masjid RPN Kampung berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Turut hadir, Penasihat Ahli Jawatankuasa RPN Kampung Serasa, Dato Seri Setia Awang Haji Kassim bin Haji Lamat.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Dikir Marhaban dan penyampaian derma kepada 12 orang anak yatim.
Majlis-majlis Khatam Al-Quran berkenaan diadakan sebagai kegiatan keagamaan yang dijalankan setiap tahun bagi mengimarahkan bulan Ramadan selain meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini selain menyuntik semangat cintakan kitab suci Al-Quran serta mengeratkan hubungan silaturahim.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]